Tentang STEP 4

PENGENALAN

Mahasiswa merupakan aset yang sangat berharga dalam pembangunan masyarakat dan negara yang rahmah. Melalui semangat, ilmu, dan kemahiran yang wujud dalam golongan mahasiswa, hala tuju negara tampak lebih jelas dan menyegarkan demi memastikan pembangunan, keharmonian serta kedamaian negara akan sentiasa terpelihara.

Untuk mencapai hasrat ini, mahasiswa perlu diberi pendedahan serta pengetahuan bagi membentuk peribadi mahasiswa yang unggul dan holistik dalam menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara. Pembinaan peribadi yang unggul merupakan elemen penting dalam menyediakan mahasiswa yang mampu mendepani cabaran masa hadapan serta bertindak bijak dalam menghadapi arus semasa.

Melihat kepada kepentingan ini, Kelab IKRAM Mesir membawakan sebuah program, STEP 4 yang bertujuan memberikan pendedahan dan pendidikan umum kepada semua mahasiswa Malaysia di Mesir, sama ada perubatan atau pengajian islam, tentang realiti semasa serta peranan dan cabaran mahasiswa dalam menyumbang kepada masyarakat dan negara. Di samping itu, program ini diharapkan dapat meningkatkan tahap keyakinan dan motivasi dalam kalangan mahasiswa supaya dapat mendokong dan merealisasikan gagasan negara rahmah.

VISI

Melahirkan individu Muslim yang beriltizam dengan Islam

MISI

Mahasiswa Professional Berkeperibadian Muslim

MOTO

Ukhuwah Tarbiah Khidmah

OBJEKTIF

1) Meluaskan sudut pandang dan pemikiran mahasiswa Malaysia di Mesir tentang realiti negara Malaysia.
2) Menimbulkan rasa keperluan dalam diri mahasiswa Malaysia di Mesir untuk menyumbang sesuatu demi masa depan negara yang sejahtera.
3) Memberi kefahaman kepada mahasiswa tentang keperluan untuk mengurus kepelbagaian dan mendidik masyarakat dalam menerima kepelbagaian di Malaysia. 


AHLI JAWATAN KUASA STEP 4

PENAUNG

YM Dato Ku Jaafar Ku Shaari
TYT Duta Besar ke Republik Arab Mesir dan Palestin

PENASIHAT 1

Prof Madya Dr. Mohd Radhi Ibrahim
Menteri Penasihat KBMK

Mohd Aidil Razahli
JK Dakwah KIM Pusat

Syukriah Sakinah
JK Dakwah KIM Pusat

PENGARAH

Mohd Shah Redza bin Rosli

TIMBALAN PENGARAH 1

Aisyah Syahira binti Abdul Hamid

TIMBALAN PENGARAH 2

Muhammad Umar Imarah bin Murtadza

SETIAUSAHA 1

Muhammad Dzikrul Hanif bin Zainol Azmi

SETIAUSAHA 2

Shamila binti Wan Anuar

BENDAHARI

Abdullah Mubarak bin Hasanuddin

PENOLONG BENDAHARI

Syafiqah binti Hairudin

UNIT PROTOKOL & PENGISIAN

Muhammad Faris bin Mohamed Nordin
Zatil Hidayah binti Adnan

UNIT PENDAFTARAN & HUBUNGAN LUAR

Abdullah Munzir bin Abdul Karim
Syarfina Syahida binti Abdul Yamin

UNIT MAKANAN & KEBERSIHAN

Muhammad Nu'aiman bin M. Afanddi
Siti Sarah binti Nordin

UNIT PERSIAPAN TEMPAT

Ahmad Aiman Hizami bin Johaidi
'Ainin Sofiya binti Aziz

UNIT MEDIA & PROMOSI

Imran bin Ismail
Nabilah binti Zainol Azmi

UNIT TUGAS-TUGAS KHAS

Hamzah Hanani bin Amirul Faizi
Muhsinah binti Abdul Shomad

UNIT VIP

Muhammad Hatim bin Shopuan Anuar
Siti Nur Hanim Najwa binti Sheikh Osman