STEP 3: Rich Muslim, The Real Game


Program STEP 3 ini adalah sebuah program di bawah kelolaan Kelab IKRAM Mesir dan merupakan program yang ketiga diadakan oleh Kelab IKRAM Mesir setelah penubuhannya.

Program ini menyediakan seorang tokoh yang mempunyai pengalaman dan ilmu yang luas mengenai tajuk yang ingin diketengahkan, didatangkan khas dari Malaysia.

Menerusi bimbingan tokoh berkenaan, program ini bertujuan untuk memberi gambaran kepada semua pelajar di Mesir umumnya sama ada perubatan atau pengajian Islam tentang realiti dan cabaran berkaitan dengan pengurusan kewangan dalam skop yang lebih luas.

Di samping itu, program ini diharapkan agar dapat membina keyakinan dan juga semangat kepada para pelajar dalam menghadapi cabaran kewangan di masa akan datang. InsyaAllah.

Objektif STEP 3 :
1. memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi Mesir tentang pengaruh kewangan terhadap individu, masyarakat dan negara.
2. Menambah ilmu pengetahuan masyarakat mahasiswa Mesir dalam bidang pengurusan kewangan semasa dan selepas belajar.
3. Memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai cara menjana pendapatan, kepentingan dan adab-adab dalam melaksanakannya.
4. Memberi pencerahan kepada para peserta tentang kepentingan menjadi masyarakat muslim yang mampu mandiri dalam sudut kewangan.

"Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat sehingga dia disoal 4 perkara iaitu; tentang usianya, pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya untuk apa telah digunakannya, tentang hartanya dari mana diperoleh dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah diamalkannya " -Riwayat Al-Tarmizi.

Gambar pautan di STEP3: Rich Muslim,The Real Game
step4
step4

Previous
Next Post »

DROP YOUR QUESTION OR RESPOND HERE
EmoticonEmoticon